Posted by: iisolution | 17 February 2009

Bengkel Nuqaba

Pada 14 hingga 15hb Februari 2009 yang lalu, II Solution telah menerima tempahan untuk menganjurkan program Bengkel Nuqaba’ untuk SABK Maahad Ehyak Diniah Kg Gajah Perak. Sekali lagi II SOlution diberi kepercayaan oleh sekolah ini bagi menganjurkan program untuk pelajar-pelajarnya.

Program ini bermatlamat bagi memberi pendedahan kepada bakal Nuqaba’ sekolah ini bagi mengendalikan Usrah yang bakal diwujudkan di asrama sekolah mereka.

Menerima tanggungjawab ini, II Solution merasakan satu amanah yang besar yang harus dipikul. Dengan tekad dan tawakkal kepada Allah, kami berjaya menganjurkan Bengkel Nuqaba’ ini dengan jayanya.

Program dimulakan pada 8.30 pagi dengan sesi Madah Muqaddimah diikuti dengan ceramah bertajuk Usrah dan Kepentingannya yang disampaikan oleh Sdr Khairul Safa. Selesai slot ceramah, sesi Jana Fikir 1 pula berjalan iaitu sebagai simulasi usrah peringkat taaruf. Pada sebelah petangnya, ceramah bertajuk Pengendalian dan Pengisian Usrah disampaikan oleh Sdr Zubir Shah. Selesai ceramah, slot Sharing session pula dijalankan iaitu pengkongsian pengalaman yang disampaikan oleh semua fasilitator iaitu Sdr Sahrizan, Fadhil, Fazlina dan Nurul Huda.

Pada sebelah petang, Refleksi Diri dengan riadah fizikal. Bagi peserta Naqib, mereka menjalani aktiviti Bola Islam manakala Naqibat pula menjalani titian terpanjang. Khulasah dari kedua-dua program ini menampakkan bahawa peserta masih lagi tidak berdaya untuk berhadapan dengan badai badai penghalang yang menjadi anasir di dalam permainan yang dijalankan.

Pada sebelah malamnya, khulasah permainan dijalankan selepas maghrib. Manakala selepas Isya, dijalankan ceramah 3 bertajuk Mewakafkan Diri Untuk Islam Satu Tuntutan disampaikan oleh Sdr Zubir Shah. Selepas itu, sesi Uji Minda dan Jana Fikir 2.

Keesokan pagi, program dimulakan dengan slot Jana Fikir 3 yang memerlukan kerjasama semua kumpulan bagi menyambungkan cebisan2 kertas bagi mementuk satu gambar. Selepas itu, sesi penutup dengan perjanjian/baiah oleh para Nuqaba. Di hujung sesi, para Naqib mendendangkan lagu manakala barisan urusetia dan fasi mendendangkan lagu Cita-citaku.

Program selesai jam 11.45am.

Untuk melihat lebih lagi gambar, sila ke link ini: KLIK


Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.