Posted by: iisolution | 28 July 2009

Video KEM

Posted by: iisolution | 28 July 2009

KEM PELAJAR BERWAWASAN

P1050061

Selesai sudah Kem Motivasi Pelajar Berwawasan yang berlansung pada 10 hingga 12hb Julai yang lalu. Kem ini memberi banyak pengalaman kepada II Solution dalam urusan pengendalian, pengurusan dan kaedah mendekati peserta.
Seramai 36 peserta telah mengambil bahagian di dalam kem ini yang berlansung di Brindley Training & Camp PAsir Panjang, Port Dickson Negeri Sembilan.
Mereka terdiri dari 3 buah sekolah di dalam daerah Jelebu iaitu SMK Undang Jelebu, SMK Pertang Jelebu dan SMK DUMA Jelebu.
Kesemua peserta memberi kerjasama yang baik terhadap fasilitator II SOLUTION. Semua slot dan pengisian berjaya dilaksana seperti mana yang dirancangkan.
Majlis penutup dilaksanakan oleh Pengetua SMK UNdang Jelebu.
Posted by: iisolution | 9 March 2009

Program II Solution Yang Lepas

Program-program II Solution yang lepas adalah:

1. Nadwah Kepimpinan Pelajar 2008 Maahad Ehyak Diniah Kg Gajah Perak

2. Khemah Ibadah 2008 Sekolah Menengah Kebangsaan Sinar Bintang, Segambut, Selangor.

3. Bengkel Nuqaba (Februari 2009) Maahad Ehyak Diniah Islamiah Kg Gajah Perak

4. Bengkel Motivasi Belajar UPSR, Sekolah Rendah Islam Al-Ummah, Chemor, Perak.

Dan beberapa proposal sedang menanti untuk dilaksanakan program. Insyallah.

Posted by: iisolution | 9 March 2009

II Solution Mendapat Sambutan

Assalamualaikum wbt.

Bulan 3 ini, seluruh staff II Solution agak sibuk menguruskan banyak perkara berkaitan bidang tugas masing-masing. Selain menguruskan urusan peribadi yang memerlukan komitmen yang tinggi, pada sudut pengurusan II Solution juga tidak dilupakan dan segala gerak kerja syarikat terus berjalan setiap masa.

Apa yang pasti, gerak kerja mempromosikan syarikat sentiasa dipergiatkan dari semasa ke semasa secara lansung dan tidak lansung. Gerak kerja itu semua tidak sia-sia apabila email II Solution iaitu iisolution@yahoo.com sentiasa ada pelbagai pertanyaan dan respon berkaitan pakej-pakej yang disediakan.

Nantikan pelbagai informasi yang akan kami paparkan buat anda semua.

Apa yang pasti, segala yang terbaik, hanyalah untuk anda.

Posted by: iisolution | 19 February 2009

Komen Bengkel Nuqaba

Berikut adalah komen-komen terpilih daripada peserta Bengkel Nuqaba SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah Kg Gajah Perak pada 14 dan 15hb Februari 2009 yang lalu.

Posted by: iisolution | 19 February 2009

Bengkel Motivasi UPSR

Pada hari Isnin yang lalu, 16hb Februari 2009, II Solution menerima tempahan untuk menyampaikan ceramah berkaitan Bengkel Motivasi UPSR. Bengkel tersebut adalah daripada Sekolah Al-Ummah, Chemor, Perak Darul Ridzuan.

II Solution telah menghantar En. Mohd Hussien sebagai penceramah untuk program yang berlansung selama satu hari bermula jam 8.15pagi hingga 1.15 petang. Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 66 orang.

II Solution melalui En. Mohd Hussien berjaya melaksanakan amanah ini dengan sempurna apabila menerima maklum balas yang amat positif daripada pihak sekolah khususnya dari guru yang bertanggungjawab menganjurkan Bengkel ini.

Bengkel ini adalah bercorak Motivasi Belajar bagi menggalakkan pelajar lebih bersemangat dan berdaya maju begi berhadapan dengan peperiksaan UPSR yang bakal mereka duduki pada tahun ini

Semoga dengan sedikit ilmu dan perkongsian pengalaman dari II Solution ini mampu memberi manfaat buat sekolah Al-Ummah dan juga pelajar-pelajarnya

Posted by: iisolution | 19 February 2009

Bengkel Nuqaba (ZUBIR)

Pada 14 & 15 hb yang lalu shiekhtempang bersama isteri serta sahabat2 bertolak ke Kg Gajah perak bagi menunaikan amanah sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini… Shiekhtempang bertolak dari Shah Alam pada jumaat malam dan terus menuju ke Ipoh….. Memang banyak dugaan dan rintangan dalam menyahut seruan Allah ini…. Bermalam dirumah Opah dan awal pagi sabtu terus menuju ke kamsis untuk berkumpul dan seterusnya bertolak ke kg gajah.. Shiekh tempang hampir kehabisan suara sepanjang program ini, Alhamdulillah program ini berjaya disempurnakan dengan sokongan dari safa, shahizan, fadhil dan Fazli…..

Muslimat pula dari Isteriku dan Huda serta ustazah haslina yang banyak membantu….Sememangnya ini merupakan kenangan yang amat indah dalam mengadakan program anjuran II solution…… Semoga Diberkati Allah dan mendapat keampunan dariNya…






Posted by: iisolution | 17 February 2009

Bengkel Nuqaba

Pada 14 hingga 15hb Februari 2009 yang lalu, II Solution telah menerima tempahan untuk menganjurkan program Bengkel Nuqaba’ untuk SABK Maahad Ehyak Diniah Kg Gajah Perak. Sekali lagi II SOlution diberi kepercayaan oleh sekolah ini bagi menganjurkan program untuk pelajar-pelajarnya.

Program ini bermatlamat bagi memberi pendedahan kepada bakal Nuqaba’ sekolah ini bagi mengendalikan Usrah yang bakal diwujudkan di asrama sekolah mereka.

Menerima tanggungjawab ini, II Solution merasakan satu amanah yang besar yang harus dipikul. Dengan tekad dan tawakkal kepada Allah, kami berjaya menganjurkan Bengkel Nuqaba’ ini dengan jayanya.

Program dimulakan pada 8.30 pagi dengan sesi Madah Muqaddimah diikuti dengan ceramah bertajuk Usrah dan Kepentingannya yang disampaikan oleh Sdr Khairul Safa. Selesai slot ceramah, sesi Jana Fikir 1 pula berjalan iaitu sebagai simulasi usrah peringkat taaruf. Pada sebelah petangnya, ceramah bertajuk Pengendalian dan Pengisian Usrah disampaikan oleh Sdr Zubir Shah. Selesai ceramah, slot Sharing session pula dijalankan iaitu pengkongsian pengalaman yang disampaikan oleh semua fasilitator iaitu Sdr Sahrizan, Fadhil, Fazlina dan Nurul Huda.

Pada sebelah petang, Refleksi Diri dengan riadah fizikal. Bagi peserta Naqib, mereka menjalani aktiviti Bola Islam manakala Naqibat pula menjalani titian terpanjang. Khulasah dari kedua-dua program ini menampakkan bahawa peserta masih lagi tidak berdaya untuk berhadapan dengan badai badai penghalang yang menjadi anasir di dalam permainan yang dijalankan.

Pada sebelah malamnya, khulasah permainan dijalankan selepas maghrib. Manakala selepas Isya, dijalankan ceramah 3 bertajuk Mewakafkan Diri Untuk Islam Satu Tuntutan disampaikan oleh Sdr Zubir Shah. Selepas itu, sesi Uji Minda dan Jana Fikir 2.

Keesokan pagi, program dimulakan dengan slot Jana Fikir 3 yang memerlukan kerjasama semua kumpulan bagi menyambungkan cebisan2 kertas bagi mementuk satu gambar. Selepas itu, sesi penutup dengan perjanjian/baiah oleh para Nuqaba. Di hujung sesi, para Naqib mendendangkan lagu manakala barisan urusetia dan fasi mendendangkan lagu Cita-citaku.

Program selesai jam 11.45am.

Untuk melihat lebih lagi gambar, sila ke link ini: KLIK

Posted by: iisolution | 17 February 2009

Perihal Khemah Ibadah

Pihak II Solution sekali lagi mendapat pelanggan pada bulan Mei tahun lalu daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sinar Bintang, Segambut. Buat pertama kali juga II Solution mendapat tawaran untuk menjalankan program di sekitar Kuala Lumpur iaitu di kawasan Bandar.

Satu pendekatan berbeza digunakan oleh kami bagi menyesuaikan diri bersama-sama pelajar di bandar. Rata-rata peserta boleh menerima program yang dijalankan oleh II Solution.

Terdapat pelajar yang sungguh seronok apabila terdapat satu slot yang membawa mereka berjalan-jalan di tengah malam. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan oleh mereka. Program ini berlansung selama 2 hari satu malam.

Posted by: iisolution | 17 February 2009

Perihal Nadwah Kepimpinan

II Solution berasa sangat teruja pada tahun lalu apabila mendapat projek yang pertama iaitu daripada SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah Kg gajah Perak. Sesuatu yang tidak terduga sejak pendaftaran II Solution adalah apabila menerima pelanggan yang pertama.

Program yang dijalankan pada bulan April tahun lalu itu juga memberi titik semangat baru buat II Solution untuk terus bekerja dan meningkatkan prestasi.

Program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam itu sangat-sangat memuaskan hati kami dan juga pihak sekolah hasil daripada feed back yang diberikan oleh semua peserta di akhir program.

Harapan besar kami agar dapat terus meningkatkan prestasi di samping berusaha untuk mmenuhi permintaan pelanggan agar kedua-dua belah pihak akan selesa dan berpuas hati. Hanya kepada Allah kami berserah dan segala rezeki yang diperolehi adalah datang daripadaNya.

Older Posts »

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.